Penaja

Khamis, 22 Ogos 2013

Bila Kita Sudah Tiada

http://islamic-stuff-corner.blogspot.com/
Salam untuk semua..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadis Sahih : Riwayat Imam Ahmad)

Sekadar perkongsian bersama, kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara, entah bila kita akan dijemput ke alam kematian itu hanyalah rahsia pencipta kita Allah SWT.. Dari hadis sahih ini dapat disimpulkan bahawa bila kita sudah tiada, semua perkara telah terputus melainkan 3 perkara ini :
  1. Sedekah Jariah - Bersedekahlah walaupun sedikit kerana ia adalah bekalan kita di masa akan datang ;
  2. Ilmu yang bermanfaat - Kongsilah ilmu yang boleh dimanfaatkan secara berterusan kerana ganjarannya hanya Allah yang mengetahuiNYA ; dan
  3. Anak yang soleh yang berdoa untuknya - Sentiasa berdoa kerana doa anak soleh boleh menjadi bekalan kepada ibu bapa yang telah tiada. Kepada ibu bapa, didiklah anak supaya menjadi anak yang soleh yang mendoakannya semasa hidup atau selepas kematian.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaat bersama. Kebaikan itu hanya dari Allah.. Semoga semuanya selamat.. 

 

Rabu, 21 Ogos 2013

Catatan Pertama

Salam untuk semua..


Syukur Alhamdullillah kerana limpah dan kurniaNYA kita masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan kita sebelum kita dijemput bertemuNYA bila-bila masa sahaja. Ini merupakan catatan sulung untuk blog ini. Untuk coretan pertama ini, ingatlah kita kepada 5 perkara sebelum 5 perkara iaitu :
  • Hidup sebelum Mati ;
  • Sihat sebelum Sakit ;
  • Muda sebelum Tua ;
  • Lapang sebelum Sibuk ;
  • Kaya sebelum Miskin.
Sekian untuk coretan kali ini. Semoga berjumpa di coretan akan datang. 

GuaBlog

Penaja